Back to News Campus news

UPTM Perkukuh Pemerkasaan Belia Dan Kelestarian Warisan Melalui HERITAGE+

Discover the latest UPTM update, prepared for students, staff, partners, and the wider university community.

20 September 2026 5 min read
Students outside a university building

KUALA LUMPUR, 20 September 2026 – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) memperkukuh komitmen dalam pembangunan kepimpinan belia dan kelestarian warisan menerusi HERITAGE+ Heritage Reimagined Through Green Innovation di Nilam Hall, UPTM.

Program di bawah Malaysia-Singapore Youth Leaders Exchange Programme (MSYLEP) 2026 ini dihoskan oleh SV FORCE UPTM dengan kerjasama MYXAA dan .bungkus, melibatkan kira-kira 50 peserta dalam aktiviti yang menggabungkan kelestarian alam sekitar, warisan budaya, keusahawanan hijau dan upcycling.

Majlis dirasmikan oleh Encik Muhammad Asyraf bin Abdul Azias, Ketua Unit Integrasi dan Pengantarabangsaan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Timbalan Naib Canselor UPTM, Dr. Mohd Erfino Johari, yang meluangkan masa berinteraksi bersama peserta.

Program ini memberi ruang kepada mahasiswa UPTM memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan jaringan antarabangsa, selaras dengan usaha universiti melahirkan generasi muda yang berkemahiran serta berupaya membawa perubahan positif.